5 Disember 2018 ( Rabu ) ? Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) telah mengadakan satu program gotong royong mega 2.0 yang memfokuskan pembasmian tempat pembiakan nyamuk aedes. Turut hadir bersama menjayakan program PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor Pengarah PKPA, serta pegawai kanan dan pegawai lain-lain pangkat termasuk kehadiran keluarga kakitangan.
Antara tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi menghapus dan membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya persekitaran kuarters lebih bersih dan selamat selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.
Kawasan yang terlibat dalam program gotong-royong adalah seperti kuarters kediaman pegawai dan kakitangan,surau dan berek bujang. Aktiviti gotong royong turut dibantu oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor bagi melakukan penyemburan asap (fogging) untuk membanteras Aedes. Program turut dimeriahkan dengan jamuan minum petang bersama Pengarah dan kakitangan yang terlibat .
Dalam ucapan taklimat tersebut, Pengarah turut menyarankan supaya program seperti ini diteruskan dimasa akan datang bagi menjamin kebersihan dan keselamatan di institusi ini.
"" Antara tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi menghapus dan membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya persekitaran kuarters lebih bersih dan selamat selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.